Monday, August 15, 2011

Wali Dari Zaman Nabi Adam

...Di kesempatan aku menziarahi Abang Aliman selain belajar tentang Ilmu mengenal Allah SWT, sempat aku bertanya kepadanya lagi .."Abang Wali-Wali Allah SWT, dia orang ni buat tak rukun Haji ???

Abang Aliman mencaritakan bahawa sitiap makhluk wajib mengerjakan Ibadah Haji / Umrah seperti mana yang di terangkan dan di jelaskan di dalam Al-Quran.

Sekarang dah bulan Ramadan, Para Wali-wali Allah SWT telah pun berkumpul Di Mekaah Dan Madinah untuk mengerjakan Ibadah Haji / Umrah.

Dan yang kesian Wali-wali dari Zaman Nabi Adam ..mereka masih hidup dalam Alam Roh dan mungkin jasadnya Allah sudah hilangkan dari dunia ini Allahualam,

Dan mereka-mereka ini akan di Nisabkan di padang Masyar nanti juga, bayangkan dari zaman Nabi Muhammad SAW je dah 1000 + tahun ..zaman Nabi Adam lagi lah lama kan ...lepas tu nanti di Padang Masyar Umat yang akan di Nisabkan ialah dari Nabi Muhammad SAW...dan di ikuti oleh nabi-nabi lain pluak, bayang kan Wali dari zaman nabi Adam ..berapa lama dia harus tunggu ...

Rahsia Mekaah Almukaramah

Aku bersama-sama anak dan isteriku baru pulang dari mengerjakan Ibadah Umrah pada bulan May dan Awal Jun 2011.

Banyak perkara-perkara yang aku ingin jawapannya, aku bertanya kepada Abang Aliman, .."bang bagaimana doa saya yang saya baca kat kaabah tu .." Abang Aliman cuma jawab Insyallah sahaja.

Aku tanya lagi Abang saya rasa tak ada apa-apa lah kat Mekaah / kaabah, Nak jumpa Allah memang tak akan jumpa, Nak jumpa Nabi Muhammad SAW, pun tak akan jumpa ..siapa lah kita kan kan kan, ok aku nak jumpa jibril ..Abang Aliman kata pun tak akan jumpa itu bukan tempat dia so mana dia ada kat sana ..adoii ..

Abang tolong la cerita sikit pasal Madinah Almunawarah dan Mekaah AlMukaramah .. Abang dia sebentar "mungkin dia bertanya kepada Allah SWT..agaknya" tiba-tiba Abang kata Rahsia Mekah dan kabaah Allah SWT kata belum boleh di ceritakan kepada aku ..cukup la kau tahu ianya sebagai tempat Beribadah ..dan menyuncikan diri ...Dan Allah SWT akan gandakan pahala kita jika kita beribadah di tempatnya..

Amalan harian Di bulan Puasa

Assalamualaikum WTH

Salam Ramadan Al Mubarak, hari ni 16hb. Ogos 2011, bersamaan 16 Ramadan dan juga hari ke 16 berpuasa.

Ramadan datang dan pergi ...usia berlalu bergitu juga ...masa tidak menunggu kita .. adakah kita bersedia untuk kembali ke tempat asala kita ..persediaan kita ..bekalan untuk di bawa ..dan juga bekalan untuk di tinggalkan kepada Anak dan Isteri ..

Semoga kita terus gigih menjalankan Ibadah .. belajar dan mengamal ilmu Allah

Baik lah sambungan dari aku dan anak-anak aku ker rumah Abang Aliman ...
sempat dia mengingati aku dan anak-anak (walaupun anak-aku tidur haha)

Amalan di bulan Ramadan ini perbanyaklah membaca Surah Lailatulkhod ..(Surah Lailatulkadar ..lah tu)

Kita bukan orang terpilih untuk melihat Lailatul kadar Allah SWT ..
Tepi barang sesiapa yang membaca dan perbanyak membaca Surah Lailatulkhod ..

Allah SWT kata ... Pahala nya seperti mendapat ganjaran Amalan Lailatulkhod.

Selamat Beramal...

Doa Hidup

Di buka lagi Rahsia ... Allah SWT iaitu amalan yang di panggil "Doa Hidup"

Doa hidup adalah satu lagi tingkatan amalan selepas bermohon untuk menjadi Islam dan juga belajar tentang Islam, Islam itu berlapis-lapis, Surah Fatihah itu mempunyai 1111 lapisan dan ianya mengambil 10 tahun kalau di kupas kalau kita belajar fulltime (hari-hari).

Amalan nya :

niat : "Ya Allah Aku gunakan Suara Roh"

Apa itu suara Roh, iaitu suara yang kita dengar sekarang itu lah suara Roh, puncanya adalah dari Roh kita.

Ianya digunakan untuk ketika ingin memulakan membaca Shahadat dan Al-Fatihah sahaja.

Kelebihan Dunia (di panggil Doa Hidup):

Allah SWT, Maklaikat dan Wali-Wali akan menjaga kita dan Nabi juga akan memberi kita Shafaat Nya.
Sekali kita mengucap Allah SWT gandakan kepada 1000 bulan.

Kelebihan Akhirat (di panggil Shadat mati):

Allah SWT akan memudahkan kita mati dan kembali kepada Allah SWT
Tiada Azab di Kubur.
Senang untuk meniti Titian Sirat.

Doa Mati adalah doa yang kita baca sekarang ini, tanpa mengetahui dan mempelajari Rahsia Allah dan tanpa membaca niat /cara nya "Ya Allah Aku guna Suara Roh".




Wednesday, July 27, 2011

Erti Kehidupan

salam dan berjumpa pagi, pada 23hb. Julai 11, sempat aku bersama Aiman dan Adam pergi ke rumah Abang Aliman. Waktu dah hampir 9.45 malam, dari jalan besar nak ke rumahnya agak jauh juga, kalau jalan kaki lebih kurang 1 kilometer, malam itu bulan gelap. Aku tiga beranak meredah kegelapan malam.

Aku pegang tangan kanan Adam dan Aiman pegang tangan kiri Adam, malam itu cukup gelap lebih-lebih lagi laluannya ke rumah Abang Aliman, melalui di bawah pokok kelapa sawit yang sedang membesar.

Pada malam itu Abang Aliman bercerita, tentang semua makhluk Allah SWT, Dia kata kalau kita nak berjalan atau makan atau buat apa sahaja, perlu lah kita membaca Bismillah Hirahman Nirahim, dengan Bacaan Suara Roh, semasa kita membaca hendak lah FOKUS kepada Allah SWT dan Kalimah yg kita baca.

Katanya setiap hari manusia membuat kesilapan demi kesilapan, contohnya Batu yang kita gunakan untuk membuat jalan,tak kira jalan raya atau jalan apa sahaja yang kita guna batu merah atau batu putih "Grewel" janji batu.

Sebenarnya makhluk Allah SWT yang bernama batu tadi, berasal dari gunung atau bukit, yang hidup dan mempunyai Roh dan juga Bersembahyang kepada Allah SWT, tapi dengan cara batu dan hidup berpasangan-pasangan.

Dan bila manusia datang dan pecahkan bukit atau gunung tadi untuk menjadikan jalan raya, manusia mengunakan Bom atau Mesin pecah batu, maka pecah lah batu tadi dan di proses menjadi batu kecil atau Kerikil.

Pendekkan cerita, Batu sebenarnya menangis kerana di buat sedemikian, kalau kita panggil roh batu tadi, dan tanya dia, pasti jawapan Batu.. "Aku merasakan Amat sesakitan si saat kematian aku kerana Manusia Bom aku ..Alangkah Baiknya JIKA Manusia, Membaca Al-Quran (Surah Tertentu), Dimana aku akan hancur sedikit demi sedikit.. Dan aku tidak merasai kesakitan sebergini .. Ini lah yang di kata kan KITA Manusia kerap melakukan kesilapan demi kesilapan dalam kehidupan seharian..hari-hari kita makan Ikan, Udang Ayam, Lembu dan Sayur-sayuran ..bayangkan dan untuk ini Abang Aliman menunjukkan aku amalan-amalan tertentu ..selain dari sembahyang Taubat.

Wednesday, June 22, 2011

Perjalanan ke Tanah Suci - Umrah 4

Semasa mengerjakan Ibadah Umrah ..aku dan Isteri aku di kejutkan dengan pertanyaan-pertanyaan dari Aiman, anak aku no. 1 yang berumur 9 tahun.

"..Daddy, Mummy ..Aiman nak Doa kat Mekkah supaya Aiman dapat tinggal kat Madinah dan Mekkah ..dan Aiman nak mati kat Madinah / Mekkah pada hari Isnin.."

"..Mummy Aiman nak mati dan nak di tanam sebelah Rassullullah ..sebelah Nabi Muhammad SAW.."

"..Mummy Daddy Boleh tak Aiman buatkan Umrah / Haji untuk Nabi Muhammad SAW.."

"..Mummy macam mana Aiman Nak mati Syahid/Syuhada.."

"..Mummy KENAPA kita ada empat Imam ..Iman Shafie, Maliki, Hambali, Hanafi .."

SOALAN AIMAN YANG PALING MENCABAR ..MACAM MANA NABI MUHAMMAD SAW BACA 2KALIMAH SHAHADAT DAN MACAM MANA 2KALIMAH SHAHADAT SEBELUM NABI MUHAMMAD SAW

Nasib baik la aku ni tak buta huruf ..seperti yang aku diceritakan ...

2KALIMAH SHAHADAT TIDAK PERNAH ADA YANG LAIN SELAIN DARI APA YANG KITA BACA SEKARANG INI ..PERBEZAANYA IALAH TONASI KEPADA ""ANNA" AKU MUHAMMAD " YANG KITA BACA "ANNA" AKU NAIK SAKSI.

JAWAPAN AKU KEPADA AIMAN... 2KALIMAH SHAHADAT SEBELUM NABI MUHAMMAD SAW,
HANYA DIBACA "ASHADUALLAILLAHAILLAH" HANYA TONASI NYA BERBEZA DIPANJANGKAN PADA "LAAILLA" ADA BEBERAPA HARKAT UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA PARA MAKLAIKAT DAN MANUSIA ..TETAPI SAYA MERAHSIAKAN DISINI HARKATNYA ....hehe maaf ya..

Ini lah kata-kata dan soalan-soalan ..Aiman yang aku dan Isteri aku masih ingat ...

Aku dan Isteri aku tidak memberi jawapan yang tepat atas soalan-soalan Aiman.

Mungkin Naluri Seorang Ibu amat Kuat dari aku sebagai Bapa ..jawapan ibu Aiman ..

"...Nanti Mummy carikan sekolah untuk Aiman, Adam dan Aisyah kat Madinah atau kat Mekkah..Aiman tinggal kat sana ..Aiman buat business kat sana ..Aiman hidup kat sana..Mummy pun suka sangat duduk sana.."

".. Nanti Mummy carikan guru-guru yang boleh jawab semua soalan-soalan Aiman ..mungkin Mummy hantar Aiman kat Pesantren .."

..Isteri aku mula membuat kajian atas permintaan dan minat Aiman ..Sekolah yang paling sesuai ialah Sekolah Pondok ..TAPI guru-guru Pondok kat Malaysia ni belum tentu boleh mengupas Islam ..kerana Islam itu berlapis-lapis ..

Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT ..Isteri aku mula mencari-cari dan mengkaji sekolah-sekolah PESANTREN Di Negara seberang ..Kerana Guru-guru disana MUNGKIN masih ada yang Boleh mengupas semua soalan-soalan Aiman ...apa itu Islam Sebenar.. kenapa itu .. kenapa ini ..

Aku Doakan semoga Aiman mendapat Petunjuk dari Allah SWT atas apa jua yang di hajati Dunia dan akhirat ..dan semoga Ibu Aiman sentiasa mendapat doa dari anak yang Solleh ..Amin... yang sentiasa menjaga ibunya di Dunia dan Di Akhirat Amin Ya RAbbil Alamin.

...sambung ..Umrah 5

Tuesday, June 21, 2011

Perjalanan ke Tanah Suci - Umrah 6

Sepanjang aku dan keluarga berada disana .. aku amat-amati tiada sebarang keajaiban yang aku rasai, sama ada di Madinah atau Di Mekkah (Kaabah), mungkin aku orang yang kurang beramal, tak rasa apa-apa special, MUNGKIN NIAT AKU untuk berjumpa dengan Allah SWT, atau Nak berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW atau Nak jumpa Jibril AlaihiSalam..Tak DAPAT JADI HATI AKU DAH HAMCUR ..aku tak tahu..

Selepas balik dan sampai ke Tanah Air .. aku dapat merasakan bahawa ketika berada disana dan di sini amat berbeza, hanya kepada sesiapa yang pernah perg Umrah atau Haji sahaja yang merasainya.

TAPI BETUL Mekkah adalah Tanah Haram, memang ada perbezaan ketika berada disana kalau di bandingkan dimana-mana Tanah di Dunia ini .. ITU lah kelebihan Tanah Haram..Maha Suci Allah..

Perbezaan kepada saya sebelum dah selepas pergi Mengerjakan Ibadah Umrah di Tanah Haram ..memang ada ...dulu kurang Yakin bila beribadah ..Tetapi sekarang Alhamdulillah ada perbezaan, Bukan Quantity TETAPI QUALITY..

MUNGKIN NIAT aku mencari Allah SAW, so MUNGKIN AKU AKAN DAPAT ALLAH SAW .. Perbezaan-perbezaan lain keatas diri aku, aku RAHSIAKAN ...BIAR AKU YANG MERASAI nya sendiri ... PADA AKU .. ITU ADALAH WAHYU, PETUNJUK DAN HIDAYAH ALLAH SWT KEPADA AKU ..

Ya Allah tetapkan lah aku dalam Iman dan sabar
Ya Allah sampaikan lah Al Quran pada diri ku
Ya Allah sampaikan lah hidayah Al Quran pada diri ku
Ya Allah tetapkan lah aku dalam Al Quran
Ya Allah matikan lah aku dalam Al Quran

....bersambung Umrah 7